Cetakan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA


PENGENALAN

 

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984 dan memulakan sesi pengajian pertamanya di Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah. Pada 15 September 1990, UUM berpindah ke Kampus Sintok yang terletak kira-kira 48 km dari bandar Alor Setar, dengan keluasannya 1061 hektar.


KEDUDUKAN SEMASA

 

OBJEKTIF

Objektif UUM adalah seperti berikut:

          Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan

          Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan

          Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan

 

MISI

Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia.

 

FAKULTI

Mulai Semester Kedua sesi pengajian 2003/2004, UUM memperkenalkan sistem Fakulti dan kini UUM mempunyai sebanyak 13 buah Fakulti seperti berikut :

 

          Fakulti Ekonomi

          Fakulti Kewangan dan Perbankan

          Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden

          Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

          Fakulti Pengajian Antarabangsa

          Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang

          Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar

          Fakulti Pengurusan Perniagaan

          Fakulti Pengurusan Teknologi

          Fakulti Perakaunan

          Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan

          Fakulti Sains Kuantitatif

          Fakulti Teknologi Maklumat

 

 

BILANGAN PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR

Pada Semester Pertama Sesi 2005/2006, UUM mempunyai seramai 22,680 orang pelajar di peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 19,020 pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama, 1,372 pelajar Program Kerjasama, 604 pelajar secara Pengajian Jarak Jauh dan 1,684 pelajar Ijazah Lanjutan. UUM mempunyai seramai 1,107 orang staf akademik dan 1,107 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

 

 

KOLEJ KEDIAMAN

UUM menyediakan sebanyak 15 buah kolej kediaman yang boleh menampung kesemua pelajar pada satu-satu masa. Kemudahan penginapan yang selesa disediakan kepada semua pelajar sepanjang pengajian. Setiap kolej kediaman dinamakan mengikut nama firma korporat iaitu :

 

          Kolej MAS

          Kolej Tenaga Nasional

          Kolej PROTON

          Kolej PERNAS

          Kolej PETRONAS

          Kolej EON

          Kolej GUTHRIE

          Kolej MISC

          Kolej TELEKOM

          Kolej PERWAJA

          Kolej Yayasan Al-Bukhary

          Kolej Bank Muamalat

          Kolej MAYBANK

          Kolej Bukit Kachi 1

          Kolej Bukit Kachi 2

 

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Terdapat sebanyak 36 program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang ditawarkan oleh pelbagai Fakulti di UUM seperti berikut:

 

          Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian(UE00)

          Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian(UE07)

          Ijazah Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian (UP15)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian (UP36)

          Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian (UE23)

          Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (UA02)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian (UP08)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian (UP38)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian (UP10)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian (UP11)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian (UP09)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian (UP12)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (UP10)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (UP17)

          Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (UL00)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UP03)

          Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian (UP21)

          Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian (UP22)

          Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (UP35)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian (UP37)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (UP16)

          Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UE02)

          Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat)(UE17)

          Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) (UT08)

          Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) (UT20)

          Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) (UT21)

          Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) (UT41)

          Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) (UT04)

          Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan (UG22)

          Ijazah Sarjana Muda Statistik Industri dengan Kepujian (UG06)

          Ijazah Sarjana Muda Matematik Perniagaan  dengan Kepujian (UG33)

          Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (UP01)

          Ijazah Sarjana Muda Multimedia dengan Kepujian (UC12)

          Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (UP04)

          Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Tani dengan Kepujian (UP05)

          Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG)

 

SISTEM PENGAJIAN

Sistem Akademik yang diamalkan oleh UUM ialah sistem semester. Dalam satu sesi pengajian terdapat dua (2) semester, iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Di dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri kuliah dan tutorial selama 14 minggu. Ini diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan dan juga cuti semester.


PENUTUP

Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

 

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel: 04-928 3174/ 04-928 3108/ 04-928 3168/ 04-928 3103/ 04-924 1801

Faks : 04-928 3109 / 04-928 3115

Emel : heanet@uum.edu.my

Laman Web : http://www.uum.edu.my

Laman Web Jabatan : http://www.uum.edu.my/hea

 

 

 

 

 

 

 

 

BIL

 

 

Kelayakan Minimum STPM

(i)

Program Pengajian

(ii)

Kod

(iii)

Tempoh Pengajian

 

 

 

 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;


Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

 

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

 

   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

   Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain.

 

                                         dan

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

ALIRAN SAINS DAN SASTERA

FAKULTI EKONOMI

 

01


Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
UE00
6 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Ekonomi;

 

dan

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Ekonomi Asas atau lulus dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

02


Sarjana Muda Perniagaan Tani dengan Kepujian
UP05
8 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

 

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau lulus mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Kepujian dalam mata pelajaran Kimia/Biologi di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

FAKULTI KEWANGAN DAN PERBANKAN

 

03


Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian
UE07
6 semester

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM.

 

atau

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan Kepujian dalam mata pelajaran Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

 

04


Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian
UP15
6 semester

 

 

05


Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian
UP36
6 semester

 

 

06

 

Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian
UE23
6 semester

 

FAKULTI KOMUNIKASI DAN BAHASA MODEN

 

07


Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
UA02
6 semester

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI PELANCONGAN, HOSPITALITI DAN ALAM SEKITAR

 

08


Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian
UP08
6 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun di peringkat SPM;

 

dan

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusateraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

09


Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian
UP38
8 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun di peringkat SPM;

 

dan

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusateraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI PENGAJIAN ANTARABANGSA 

 

10


Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian
UP10
6 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Prinsip Akaun/Ekonomi Asas/Perdagangan  atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusateraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

11

 

 

Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian
UP11
6 semester

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusateraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL DAN MANUSIA

 

12


Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian
UP09
6 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM


Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

13


Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian
UP12
6 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

14

 

Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
UP04
8 semester

 

 

 

 

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI PENGURUSAN AWAM DAN UNDANG-UNDANG

 

15


Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian
UP01
6 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan/ Ekonomi Asas di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

16


Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian
UP17
6 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

17


Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
UL00
8 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) bagi mata pelajaran Sejarah;

 

dan

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM;

 

dan

Lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

 

18


Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian
UP03
6 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/Perdagangan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

19


Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
UP21
8 semester

 

 

20


Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian
UP22
8 semester

 

 

21


Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian
UP35
8 semester

 

 

22


Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian
UP37
8 semester

 

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI

 

23


Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian
UP16
6 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

FAKULTI PERAKAUNAN

 

24


Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
UE02
8 semester

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Ekonomi/Perakaunan;

 

dan

Kepujian Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun di peringkat SPM;

dan

 

Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

25


Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian
UE17
8 semester

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PENDIDIKAN

 

26


Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
UT08
8 semester

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik/Perakaunan;

 

dan

Kepujian Matematik/Prinsip Akaun atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

atau

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

27


Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian
UT20

8 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik/ Pengkomputeran;

 

atau

Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

28


Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian
UT21
8 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)  bagi mata pelajaran Matematik / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian  Perniagaan;

 

atau

Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

29

 

Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian
UT41
8 semester

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

 

dan

Kepujian Matematik/ Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/ Sejarah atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

30

 

Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
UT04
8 semester

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus Matematik di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2);

 

dan

Lulus temuduga yang dijalankan oleh Universiti.

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI SAINS KUANTITATIF

 

31


Sarjana Muda Sains Pemutusan dengan Kepujian
UG22
6 semester


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

32

 

Sarjana Muda Statistik Industri dengan Kepujian

UG06

6 Semester

 

 


MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) bagi mata pelajaran Matematik;

 

atau

Kepujian Matematik sekurang-kurangnya 5C di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

33

 

Sarjana Muda Matematik Perniagaan dengan Kepujian

UG33

6 Semester

 

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI 
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) bagi mata pelajaran Matematik;

 

atau

Kepujian Matematik sekurang-kurangnya 4C di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusateraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

34

 

Sarjana Muda Tekonologi Maklumat dengan Kepujian

UC01

6 Semester

 

 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM


Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM;

 

dan

Lulus Bahasa Inggeris/ English for Science & Technology (EST) di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).

 

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

 

 

 

 

35


Sarjana Muda Multimedia dengan Kepujian

UC12

6 Semester

 

 

 
Cetakan