Cetakan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA

 

 

PENGENALAN

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah ditubuhkan pada 24 Disember 1992. Ia merupakan universiti pertama ditubuhkan selepas pengisytiharan Wawasan 2020 untuk memenuhi permintaan pendidikan tinggi serta menampung keperluan guna tenaga yang meningkat. Lokasinya di Sarawak dijangka mempercepatkan pembangunan rantau ini serta proses integrasi nasional.

 

Terdapat 8 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian iaitu:

  • Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

  • Fakulti Kejuruteraan

  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

  • Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

  • Fakulti Sains Sosial

  • Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

  • Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat


KEDUDUKAN SEMASA

Pada sesi akademik 2006/2007, UNIMAS menawarkan sebanyak 38 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sehingga ini, seramai lebih kurang 5,600 orang pelajar sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS.


SISTEM PENGAJIAN

UNIMAS mengamalkan sistem semester iaitu satu sesi akademik dibahagi kepada 2 semester. Setiap semester mengambil masa 17 minggu iaitu 14 minggu perkuliahan, 1 minggu penggulungan dan 2 minggu peperiksaan. Pengajian semester 3 turut ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.


Program pengajian di UNIMAS adalah berteraskan :

 

          Pembangunan individu secara total supaya siswazah mempunyai imbangan dari segi sikap autonomi, bekerjasama dan berangkaian - boleh berfikir, berhujah dan bekerja tanpa arahan terperinci dari pihak atasan dan sanggup beriltizam untuk saling bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.

 

          Pendidikan untuk Ketrampilan (Education for Capability) di mana pelajar dibimbing melalui pembelajaran ilmu dan juga perolehan ketrampilan supaya mereka bukan sahaja memiliki ilmu dalam bidang masing-masing, tetapi boleh menggunakan ilmu dan ketrampilan ini dalam tugas dan hidup seharian dalam keadaan yang sedia ada mahupun dalam suasana kerja dan kehidupan baru pada masa akan datang.

 

          Program pengajian yang memungkinkan siswazahnya berfikiran luas, terbuka, matang dan berpandangan jauh, di samping membina keikhtisasan agar menjadi profesional yang berkemampuan, berwaspada, peka dan berupaya bertindakbalas mengikut perubahan serta menguasai dan memungkinkan mengarah perubahan.

 

          Untuk mencapai hasrat ini, program pengajian dirangkakan dalam konteks penerapan ilmu berbagai-bagai disiplin, untuk memenuhi keperluan masyarakat dan industri. Ia berorientasikan amali supaya siswazah dibekalkan dengan keperluan kerjaya dan sosial.


Setiap pelajar dalam sesebuah program dikehendaki mengikuti sejumlah kredit kursus dari kumpulan teras, pembangunan generik dan pelengkap.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

 

Pendaftar

Unit Pengambilan dan Kemasukan

Bahagian Pengajian Prasiswazah

Universiti Malaysia Sarawak

94300 Kota Samarahan

SARAWAK


(Tel : 082-671000 samb 657/811/806

(Faks : 082-673186)

 

Laman Web:      www.unimas.my

 

 


 

 


 

BIL

 

 

Kelayakan Minimum STPM

(i)

Program Pengajian

(ii)

Kod

(iii)

Tempoh Pengajian

 

 

 

 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;


Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

 

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

 

   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

 

   Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain.

 

dan

 

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

ALIRAN SAINS

Fakulti Kejuruteraan

 

01


Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil)
WK01
8 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Matematik T

  • Biologi / Kimia / Matematik Lanjutan T

 

dan

 

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

 

 

02

 

Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Mekanikal dan Sistem Pembuatan)
WK18
8 semester

 

 

03

 

Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi)
WK19
8 semester

 

 

04

 

Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik dan Komputer)
WK20
8 semester

 

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan

 

05


Doktor Perubatan
WM00
10 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Matematik T

  • Matematik Lanjutan T

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

 

06


Sarjana Muda Kejururawatan
WM12
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Biologi.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

           Kimia

           Fizik

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber

 

07


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Sumber)
WS47
6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Biologi.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Kimia

  • Matematik T / Matematik Lanjutan T

 

08


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Kimia Sumber)
WS48
6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Kimia.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Biologi

  • Matematik T / Matematik Lanjutan T

 

 

09


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik)
WS49
6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Kimia

  • Biologi

  • Matematik T / Matematik Lanjutan T

 

 

 

 

10


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan)
WS50
6 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran berikut:

 

  • Fizik

  • Kimia

  • Biologi

  • Matematik T/ Matematik Lanjutan T

 

 

11


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan)
WS51
6 semester

Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat

 

12


Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
(Sains Komputan)
WC01
6 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

  • Matematik T

  • Matematik Lanjutan T

  • Perkomputeran

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

 

13


Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Sistem Maklumat)
WC03
6 semester

 

 

14


Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Pengkomputeran Multimedia)
WC09
6 semester

 

 

15


Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Kejuruteraan Perisian)
WC10
6 semester)

 

 

16


Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Pengkomputeran Rangkaian)
WC11
6 semester

 

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

 

17


Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Antarabangsa)
WE09
6 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

  • Ekonomi

  • Matematik T

  • Matematik Lanjutan T

  • Pengajian Perniagaan

  • Perakaunan

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi Sarjana Muda Ekonomi.

 

 

dan

Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 dan Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM.

 

 

 

 

 

18

 

Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
WE25
6 semester

 

 

19

 

Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)
WE10
6 semester

 

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

 

20

 

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia)
WP02

6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

 

21


Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains Kognitif)
WS24
6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut:

 

  • Matematik T

  • Matematik Lanjutan T

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am);

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM.

 

dan

Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

 

 

22


Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
WS38
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

 

 

23


Sarjana Muda Pendidikan dengan  Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
WT06
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) untuk MUET.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat STPM.

 

 

24


Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Matematik)
WT14
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam tiga (3) mata pelajaran.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

           Matematik T

           Matematik Lanjutan T

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.

 

 

25

 

Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

(Sains Komputer)

WT37

8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam tiga (3) mata pelajaran.

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

           Perkomputeran

           Matematik

           Matematik T / Matematik Lanjutan T

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.

 

 

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

 

26

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka)
WA36
6 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:

 

  • Ekonomi

  • Seni Visual

  • Sejarah

  • Perkomputeran

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris /Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

 

 

27

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi)
WA37
6 semester

 

ALIRAN SASTERA

FAKULTI SAINS SOSIAL

 

01


Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Komunikasi)
WA02
6 semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).   

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 



 

 

 

02


Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan)
WA12
6 semester

 

 

03


Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Antarabangsa)
WA15
6 semester

 

 

04


Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Politik dan Pemerintahan)
WA21
6 semester

 

 

05


Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan)
WA22
6 semester

 

 

06

 

Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Khidmat Sosial)
WA23
6 semester

 

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

 

07


Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Antarabangsa)
WE09
6 semester

 


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu mata-pelajaran berikut:

 

  • Ekonomi

  • Matematik T

  • Matematik Lanjutan T

  • Pengajian Perniagaan

  • Perakaunan

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi Sarjana Muda Ekonomi.

 

dan

Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119   di peringkat SPM.

 

 

 

08

 

Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
WE25
6 semester

 

 

09

 

Sarjana Muda Pengurusan  Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)
WE10
6 semester

 

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

 

10

 

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia)
WP02

6 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

 

11


Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
WS38
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

 

12


Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
WT06
8 semester


Memenuhi Syarat Am Universiti

serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) untuk MUET.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat STPM.

 

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

 

13

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik)
WA05
6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut:

 

  • Ekonomi

  • Seni Visual/Lukisan

  • Sejarah

  • Perkomputeran

 

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain (tidak termasuk Pengajian Am).

 

dan

Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris /Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

14

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)
WA32
6 semester

 

 

15

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka)
WA36
6 semester

 

 

16

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi)
WA37
6 semester

 

 

17

 

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
WA38
6 semester

 

 

 

 

 

 

 
Cetakan