Cetakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

PENGENALAN

UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Skudai, Johor yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kampus Kota atau 'City Campus'.

 

Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 98,840 orang graduan terutamanya di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja profesional dan separuh profesional negara yang utama hingga kini.

 

UTM akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori serta menerajui perkembangan akademik juga teknologi di negara ini.


FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.


VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti.


MISI

Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara.


SYARAT AM KELAYAKAN AKADEMIK CALON STPM

Lulus SPM/setaraf dengan baik.

 

Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Matematik di peringkat SPM/setaraf.

 

Lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf dengan sekurang-kurangnya :

·          Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan

·          Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain.

 

Memenuhi keperluan khas kursus-kursus yang ditawarkan.

 

Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET).

 

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh 10 buah Fakulti yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti-fakulti tersebut ialah :

 

·          Fakulti Kejuruteraan Awam

·          Fakulti Kejuruteraan Elektrik

·          Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli

·          Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

·          Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi

·          Fakulti Alam Bina

·          Fakulti Pendidikan

·          Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

·          Fakulti Sains

·          Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

 

SYARAT AM PROGRAM


Syarat AM


Kecacatan

Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Pendaftar UTM menerangkan bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan bertujuan mengelakkan kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan pemohon yang berjaya. Walau bagaimanapun, bagi beberapa program yang dijalankan oleh fakulti berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di bawah tidak dibenarkan memohon program berkenaan.

 

·          Fakulti Kejuruteraan Elektrik

·          Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

·          Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli

 

"Kecacatan dari segi fizikal yang menyulitkan kerja di makmal dan bengkel dan penglihatan pemohon tidak mengalami masalah rabun/buta warna".

 

 

Kesihatan

Pemohon yang berjaya diterima masuk dikehendaki mendapatkan surat pengesahan Pegawai Perubatan dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang membuktikan ia sihat.


KELEBIHAN MEMILIH UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA UNTUK MEMBINA KERJAYA ANDA

 

a)      Pengalaman yang luas dalam mengendalikan kursus di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Sejarah penubuhan UTM telah bermula sejak tahun 1904 sebagai kelas Pengajian Teknik Dewan Bandaran Kuala Lumpur sebelum dinaikkan taraf sebagai Institusi bertaraf Universiti pada tahun 1972 dan dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975. Kini UTM mengendalikan kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

 

b)      Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi terbesar di Malaysia di mana tempat berkumpulnya lebih 1000 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing berkhidmat sebagai Pensyarah dan terlibat dengan kerja-kerja Pendidikan, Penyelidikan, Perundingan dan Penerbitan. Disamping itu lebih 25000 pelajar dari Malaysia dan luar negara sedang mengikuti pengajian di bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

 

c)       Kecemerlangan UTM sebagai Pusat Penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi dan Sains telah terbukti di mana para penyelidik UTM telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa antaranya 31st and 32nd International Exhibition of Invention, New Techiques and Products Geneva 2003 dan 2004, International Exhibition Ideas-Invention – New Products (IENA) 2003 di Nuremberg Fair Centre, Germeny, Invention Innovation, Industrial Design and Technology Exhibition (ITE3) 2003 di Sunway Conventon Centre, Sunway Pyramid Selangor, Pameran Penyelidikan dan Pembangunan Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2003. Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, Expo Science & Technology (Expo S&T) 2003 di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.  Para  penyelidik UTM juga telah meraih 11 pingat (5 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa serta Anugerah Khas Juri) daripada 12 penyertaan di “International Exhibition of Invention New Techniquies & Products” yang ke 33 di Geneva, Switzerland pada 6 hingga 10 April 2005, dan yang terbaharu pada IPTA R & D Expo 2005 yang telah diadakan pada 30 September hingga 2 Oktober 2005 UTM telah memenangi 22 pingat emas dari sejumlah 50 penyertaan.

 

d)      Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran

 

·          UTM menyediakan kemudahan makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan terkini untuk pelajar dan penyelidik. Antaranya Makmal Teknologi Marin, Aeronautik, Makmal Voltan dan Arus Tinggi serta Makmal Komputer terbesar di Malaysia

 

·          Perpustakaan Sultanah Zanariah pula mempunyai koleksi yang berkait rapat kepada keperluan penggunanya terutama dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Terdapat 451,197 buku Monograf, 83355 judul Majalah, 10,731 bahan Media Elektronik, 40,072 Bahan Kertografi, 191,972 filem dan bahan rakaman untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

 

·          UTM juga menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi untuk semua pelajar dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mantap dari segi sahsiah dan rohani.

 

·          PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/dermasiswa/pinjaman. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada pelajar.

 

·          Keperihatinan dan konsep Mesra Pelajar oleh UTM melalaui kemudahan prasarana yang kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran telah mewujudkan ‘one stop agency’. HEP adalah bertanggungjawab di dalam semua urusan yang berkaitan dengan perhubungan pelajar, biasiswa/pinjaman kewangan, kesihatan, tatatertib, kegiatan pelajar, penempatan dan peruntukan serta kebajikan pelajar.

 

·          Pihak Universiti juga membuka peluang kepada semua pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

 

·          Usaha Universiti juga secara bersepadu telah dipertingkatkan bagi melahirkan graduan yang mempunyai atribut seperti ‘Comunication Skills’, ‘Team Working’, Problem Solving’, Adaptability’, ‘Lifelong Learning’, Self Esteem’, Ethics and Integrity’.

 

 

e)     Peluang Untuk Mengikuti Program Minor

 

Universiti telah meluluskan sejumlah 23 buah program Minor dari pelbagai bidang bermula pada sesi 2005/2006. Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang diikuti.  Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan.

 

Struktur kurikulum dan keperluan bagi sesuatu program Minor ditentukan oleh fakulti yang menawarkan berasaskan kurikulum program Ijazah Sarjana Muda yang sedia ada di fakulti tersebut dengan mengambilkira syarat-syarat yang ditetapkan oleh Senat Universiti.


 

PROSPEKTUS UTM

Maklumat lengkap mengenai UTM dan program-program yang ditawarkan boleh juga didapati dalam prospektus UTM. Prospektus UTM boleh didapati dengan cara berikut :


A. PEMBELIAN TERUS DI UTM

Pemohon boleh membeli terus Buku Prospektus di kaunter berikut dengan harga RM8.00 senaskah :


Pejabat Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

 

ATAU


Pejabat Akademik

Program Pengajian Diploma
Universiti Teknologi Malaysia
City Campus Jalan Semarak 
54100 KUALA LUMPUR

 

B. PESANAN MELALUI POS

Pemohon juga boleh mendapatkan Buku Prospektus secara pesanan melalui pos dengan menghantar butiran berikut ke PEJABAT PENDAFTAR (BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK), UNIT KEMASUKAN DAN REKOD, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM SKUDAI, NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM dengan bayaran sebanyak RM8.00 dalam bentuk WANG POS atau KIRIMAN WANG BERPALANG atas nama ‘BENDAHARI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA’ beserta sampul surat berukuran 34 sm x 28 sm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00.

 

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai program di UTM bolehlah dikemukakan kepada :

 

Pejabat Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan dan Rekod
Universiti Teknologi
Malaysia
81310 UTM Skudai
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

Tel : 07-5533333
Faks : 07-5581791
E-mel : upa@utm.my
Laman Web : www.utm.my


 

 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

BAGI LEPASAN STPM/SETARAF

 

BIL

KURSUS

KOD

ALIRAN SAINS

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

1.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)

TK01

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

2.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer)

TK20

3.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

TK23

4.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik -  Kawalan & Instrumentasi)

TK22

5.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik)

TK02

6.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik)

TK24

7.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Tekekomunikasi)

TK25

8.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik – Microelektronik)

TK05

9.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik Perubatan)

TK83

10.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio – Perubatan)

TK49

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

11.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Bahan)

TK12

12.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Industri)

TK41

13.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Teknologi Marin)

TK26

14.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)

TK08

15.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Pembuatan)

TK13

16.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Aeronautik)

TK27

17.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Automotif)

TK40

18.

Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri)

TH12

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

19.

Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)

TS46

20.

Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)

TS45

21.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)

TH10

22.

Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)

TP32

FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT

23.

Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

TC00

24.

Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik)

TC24

FAKULTI ALAM BINA

25.

Sarjana Muda Senibina Lanskap

TH02

26.

Sarjana Muda Senibina

TH03

27.

Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah

TH04

28.

Sarjana Muda Ukur Bahan

TH06

29.

Sarjana Muda Sains Pembinaan

TH08

FAKULTI SAINS

30.

Sarjana Muda Sains (Fizik Industri)

TS33

31.

Sarjana Muda Sains (Kimia Industri)

TS07

32.

Sarjana Muda Sains (Matematik Industri)

TS34

33.

Sarjana Muda Sains (Biologi Industri)

TS31

34.

Sarjana Muda Sains (Fizik Kesihatan)

TS29

35.

Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan)

TS28

36.

Sarjana Muda Sains (Matematik)

TS08

37.

Sarjana Muda Sains (Kimia)

TS16

38.

Sarjana Muda Sains (Biologi)

TS02

39.

Sarjana Muda Sains (Fizik)

TS15

FAKULTI PENDIDIKAN

40.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

TT28

41.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

TT29

42.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

TT30

43.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

TT31

44.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

TT06

45.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

TT03

46.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

TT02

47.

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

TT24

48.

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

TT25

49.

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

TT26

50.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

TT13

51.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

TT12

52.

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

TT14

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA DAN KEJURUTERAAN SUMBER ASLI

53.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia – Bioproses)

TK29

54.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia – Gas)

TK30

55.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)

TK03

56.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum)