Cetakan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA

 

1.      PENGENALAN
 

Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, kampus induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

 

USM mempunyai dua kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.

 

Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Alam, Gunaan, Perubatan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan.

 

2.      MISI

 

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan professional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi Negara dan aspirasi universal.

 

3.      UNIVERSITI DALAM TAMAN

 

Konsep ‘ Universiti Di Dalam Taman’ yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayanyi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

 

Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan frauna, tasek dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi – siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.

 

4.      KEDUDUKAN USM

 

Pada masa ini Universiti Sains Malaysia mempunyai 24 buah Pusat Pengajian dan 13 buah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran dan penyelidikan. Sebanyak 111 program pengajian ditawarkan secara penuhmasa dan 12 program pengajian ditawarkan secara Jarak Jauh. Pengajaran dijalankan oleh 1,205 orang staf akademik dan dibantu oleh lebih 4,000 staf eksekutif dan sokongan.  Universiti Sains Malaysia kini mempunyai populasi pelajar sarjana, sarjana muda sepenuh masa dan separuh masa sebanyak 27,981 orang.

 

5.      PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM

5.1       Kampus Induk USM, Pulau Pinang

a.       Pusat Pengajian Pengurusan

b.       Pusat Pengajian Sains Komputer

c.       Pusat Pengajian Komunikasi

d.       Pusat Pengajian Seni

e.       Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

f.    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

g.       Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

h.       Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan

i.     Pusat Pengajian Teknologi Industri

j.    Pusat Pengajian Sains Farmasi

k.       Pusat Pengajian Sains Kajihayat

l.     Pusat Pengajian Sains Kimia

m.     Pusat Pengajian Sains Fizik

n.       Pusat Pengajian Sains Matematik

o.       Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

 

5.2       Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

 

a.       Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral

b.       Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

c.       Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

d.       Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

e.       Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

f.        Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

 

5.3       Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

 

a.       Pusat Pengajian Sains Kesihatan

b.       Pusat Pengajian Sains Perubatan

c.       Pusat Pengajian Sains Pergigian

 

 

6.      PUSAT PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN

 

a.           Pusat Bahasa dan Terjemahan

b.           Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi

c.           Pusat Racun Negara

d.           Pusat Penyelidikan Dasar

e.           Pusat Kawalan Doping Negara

f.            Pusat Pengajian Samudera dan Pantai

g.           Pusat Penyelidikan Arkeologi Negara

h.           Pusat Penyelidikan Dasar dan Ubatan

i.             Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pendamaian

j.            Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita

k.           Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar

l.             Institut Perubatan dan Pergigian

m.         Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

 

7.      USM PILIHAN UTAMA

 

a.       Diiktiraf sebagai “Universiti Penyelidikan’ yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan.

b.       Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan pelbagai anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa.

c.       Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep ‘Universiti dalam Taman’ dan Kampus Sejahtera.

d.       Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia.

e.       Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat korporat telah mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini yang berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.

 

8.      PENCAPAIAN USM

 

Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan projek-projek penyelidikan di Geneva. Eksplorasi para saintis kita ke benua Antartika turut mengukuhkan lagi persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara antaranya;

 

a.       Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia

b.       ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia

c.       Seoul International Inventation di Korea Selatan

d.       International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat

e.       International New Products Exposition (INPEX) di Geneva

f.        Khwarizmi International Award di Iran

g.       International Congress of Nutrition di Vienna

h.       IENA di Jerman.

i.         Penemuan ‘Perak Man’ di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di Asia Tenggara.

j.        Ekspedisi sekumpulan saintis USM ke benua Antartika merupakan antara eksplorasi sains yang terulung di Malaysia dan dunia.

k.       Sehingga 2004, USM telah berjaya menghasilkan seramai 60,000 graduan sarjana muda dan 7,000 graduan sarjana.

 

9.      KEMUDAHAN DI USM

 

a.       Bank Simpanan Nasional

b.       Bank Bumiputra Commerce

c.       Bank Islam Berhad (Perbankan Elektronik)

d.       Bank Muamalat

 

10.  MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai program di Universiti Sains Malaysia sila hubungi :-

 

Puan Mazula Sabudin

Ketua Penolong Pendaftar

Unit Kemasukan & Pengambilan

Bahagian Pengurusan Akademik

Aras 5, Jabatan Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang.

 

Tel: 04-6533329, 6533478, 6533059, 6532688, 6533327, 6533141, 6533072, 6533073

Faks: 04-6533328

 

email: admissions@notes.usm.my

email: mazula@notes.usm.my

Laman Web: http://registry.usm.my/portal/reg/bpa/kemasukan.htm
Laman Web: http://www.usm.my

 

10.  KURSUS-KURSUS PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN DI USM

 

 

BIL.

KURSUS

KOD

KAMPUS INDUK USM, PULAU PINANG

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

1.

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) – Peng. B. Inggeris,Peng. B. Malaysia,Geografi, Sejarah, Kesusasteraan

SA01

2.

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) – Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan

SB00

3.

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) – Terjemahan dan Interpretasi

SB01

PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN

4.

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) – Antropologi dan Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik, Perancangan & Pengurusan Pembangunan

SA03

5.

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) – Kerja Sosial

SA09

PUSAT PENGAJIAN SENI

6.

Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian) – Seni Persembahan dan Pedagogi

SA05

7.

Sarjana Muda Seni Halus(Kepujian) – Lakonan & Pengarahan

SA06

8.

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) – Seni Halus

SA07

9.

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) – Grafik Komunikasi

SA11

10.

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) – Rekabentuk Teknologi Media Baru

SA54

11.

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) – Rekabentuk Produk

SA55

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

12.

Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) – Filem & Penyiaran, Komunikasi Pemujukan, Kewartawanan

SA02

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN

13.

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

SE02

14.

Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) – Organisasi, Pemasaran, Kewangan, Operasi, Perniagaan Antarabangsa

SP00

PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK

15.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Permodelan Matematik

SG05

16.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Statistik Gunaan

SG06

17.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Matematik dan Ekonomi

SG21

18.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Permodelan Komputer

SG24

19.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Penyelidikan Operasi

SG25

20.

Sarjana Muda Sains (Kepujian) – Matematik

SS08

PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN

21.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) - Senibina

SH03

22.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) – Perancangan Bandar & Wilayah

SH04

23.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) – Ukur Bahan

SH06

24.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) – Pengurusan Binaan

SH08

25.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) – Rekabentuk Dalaman

SH10

26.

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) – Teknologi Bangunan

SH13

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

27.

Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian) – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Perdagangan & Perakaunan, Ekonomi, Kesusasteraan

ST01

28.

Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) – Matematik, Fizik, Biologi, Kimia

ST02

29.

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – Pendidikan Khas

ST10

30.

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – Pendidikan Prasekolah

ST19

31.

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – TESOL

ST39

32.

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Perdagangan & Perakaunan, Ekonomi, Kesusasteraan, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik

ST38

33.

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – Multimedia Interaktif

ST40

PUSAT PENGAJIAN SAINS KOMPUTER

34.

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) – Perkomputeran & Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Maklumat, Sistem & Teknologi Komputer

SC00

PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI

35.

Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

SF00

PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK

36.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Fizik Gunaan

SG00

37.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Geofizik

SG01

38.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Fizik Perubatan

SG28

39.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Fizik Kejuruteraan

SG29

40.

Sarjana Muda Sains (Kepujian) – Fizik

SS15

PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT

41.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Bioteknologi, Agrobiologi, Biologi Akuatik, Biologi Persekitaran, Biologi & Pengurusan Vektor & Parasit

SG02

42.

Sarjana Muda Sains (Kepujian) – Mikro Biologi, Biologi Tumbuhan, Biologi Haiwan

SS02

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA

43.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Kimia Analisis

SG03

44.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) – Kimia Industri

SG04

45.

Sarjana Muda Sains (Kepujian) – Kimia

SS28

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI

46.

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) - Makanan

SY01

47.

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) – Biosumber, Kertas dan Penglitup

SY03

48.

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) – Persekitaran

SY06

KAMPUS KEJURUTERAAN SRI AMPANGAN, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

49.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Awam

SK01

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

50.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Elektronik

SK02

51.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Elektrik

SK23

52.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Mekatronik

SK24

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA

53.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Kimia

SK03

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIK

54.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Mekanik

SK04

55.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Pembuatan Dengan Pengurusan

SK13

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AEROANGKASA

56.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) – Kejuruteraan Aeroangkasa

SK15

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL

57.