Cetakan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN

1.1         PENGENALAN

1.1.1           Sejarah

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 (dahulunya sebagai Universiti Pertanian Malaysia), melalui penggabungan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dengan Kolej Pertanian Malaya Serdang.  Bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Perubatan Veterinar dan terus kekal  sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian serta bidang- bidang lain yang berkaitan.  Bagaimanapun, pada awal tahun 80-an, UPM telah memperluas bidang pengajiannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi (S&T).

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi.  Selaras dengan itu, UPM telah berkembang dengan pesatnya menjadi sebuah kampus tanpa sempadan dan melampaui sempadan kebangsaan. Kemuncak dari itu ialah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad.  Penukaran nama ini merupakan satu langkah strategik yang meletakkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi awam yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian.  Sehingga ini UPM menawarkan 58 program pengajian untuk menghadapi alaf dan pembangunan masa hadapan negara.

1.1.2           Pembangunan

Pada masa ini Universiti Putra Malaysia mempunyai dua (2) buah kampus iaitu Kampus Induk di Serdang, Kampus Cawangan di Bintulu, Sarawak (UPMKB) serta sebuah Pusat Pengajian Oseanografi dan Marikultur di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Kedua-dua kampus ini ditadbirkan di bawah satu sistem, begitu dengan pengendalian program akademiknya.  Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 16 Fakulti, 7 Pusat dan 12 Institut.

Kampus Induk UPM terletak di Serdang, Selangor, kira-kira 23km ke Selatan Bandaraya Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan, Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Ia merupakan salah satu daripada unit terbesar di Kompleks Pertanian Serdang.  Unit-unit lain yang terdapat di dalam kompleks ini termasuklah MARDI, Pusat Penyelidikan Pertanian, Pusat Kajiteknik Makanan dan Institut Pertanian.

Kampus Serdang mempunyai keluasan 1,214 hektar.  Lebih kurang 121 hektar daripadanya digunakan untuk bangunan pentadbiran, dewan-dewan kuliah, bangunan asrama, perumahan pegawai, padang-padang permainan dan lain-lain, sementara bakinya adalah kawasan Taman Pertanian Universiti.

Pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah memberi peluang yang lebih luas terhadap pendidikan tinggi di negara ini.  Usaha murni ini bukan sahaja dapat membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan memperluas peluang mereka untuk mendapat pendidikan tinggi, malah pasti akan memberi aspirasi baru terhadap pembangunan pendidikan di negara ini.

1.1.3           Wawasan

Wawasan Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi Universiti bertaraf dunia, iaitu sebuah komuniti cendekiawan dan intelek bereputasi antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara kerana sumbangannya dalam penulisan kesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepada kemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia

 
1.1.4           Misi

“Untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul, yang memberi sumbangan bukan sahaja terhadap kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara”.

1.1.5           Matlamat

UPM telah menetapkan lapan (8) matlamat untuk merealisasikan wawasannya.  Setiap matlamat berikut mempunyai objektif khusus, iaitu dalam bentuk yang boleh diukur pencapaiannya.  Pencapaian setiap objektif pula bergantung kepada pelaksanaan strategi dan pelan tindakan masing-masing.  Lapan matlamat tersebut adalah seperti berikut :-

(a)         Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing, dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan;

(b)         Menjadikan UPM, Universiti yang terkemuka dalam bidang penyelidikan;

(c)       Meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian dan biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa;

(d)         Memantapkan sistem pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan;

(e)         Membangunkan sumber manusia serta persekitaran profesional yang cemerlang;

(f)          Membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui e-Universiti;

(g)         Menjana dan mengurus sumber kewangan Universiti secara cekap dan berkesan; dan

(h)         Meningkatkan kedudukan UPM sebagai Pusat Perkhidmatan Pembangunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.

1.      Program Pengajian

UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan displin.  Program-program yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor dan Diploma mengikut Fakulti adalah seperti berikut:-

Fakulti Pertanian

PG11     Bacelor Sains Pertanian

PG14     Bacelor Sains Hortikultur

PP05     Bacelor Sains (Perniagaantani)

Fakulti Perhutanan

PG12     Bacelor Sains Perhutanan

Fakulti Perubatan Veterinar

PM01     Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

PM00     Doktor Perubatan

PM02     Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

PM05     Bacelor Sains (Dietetik)

PM09     Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

PM10     Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

PM12     Bacelor Kejururawatan

Fakulti Ekologi Manusia

PA05     Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

PP02     Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

PP20     Bacelor Pengajian Pengguna

PP33     Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

PP34     Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

PE00     Bacelor Ekonomi

PE02     Bacelor Perakaunan

PP06     Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan

PK01     Bacelor Kejuruteraan (Awam)

PK02     Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

PK03     Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

PK05     Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem )

PK08     Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

PK16     Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

PK17     Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

PG09     Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

PG17     Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Fakulti Pengajian Pendidikan

PT03     Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

PT04     Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

PT05     Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

PT06     Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

PT07     Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

PT09     Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

PT20     Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat)

PT41     Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

PP09     Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

P020     Diploma Kejurulatihan Sukan

Fakulti Sains

Bacelor Sains (Kepujian)

PS02     -           Major Biologi

PS08     -           Major Matematik

PS09     -           Major Statistik

PS15     -           Major Fizik

PS28     -           Major Kimia

PS29     -           Major Kimia Perindustrian

PS30     -           Major Kimia Petroleum

PS36     -           Major Sains Bahan

PS37     -           Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)

PT11     -           Major Biologi

PT12     -           Major Fizik

PT13     -           Major Kimia

PT14     -           Major Matematik

Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina

PH00     Bacelor Senibina

PH02     Bacelor Seni Bina Landskap

PH11     Bacelor Reka Bentuk (Senibina)

PH12     Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Bacelor Sastera

PB00     -           Bahasa Inggeris

PB03     -           Bahasa & Linguistik Melayu

PB06     -           Kesusasteraan Melayu

PB07     -           Kesusasteraan Inggeris

Pengkhususan Bahasa Asing

PB04     -           Bahasa Mandarin

PB05     -           Bahasa Arab

PB08     -           Bahasa Perancis

PB09     -           Bahasa Jerman

PA02     Bacelor Komunikasi

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Bacelor Sains Komputer

PC04     -           Pengkhususan Sistem Komputer

PC09     -           Pengkhususan Multimedia

PC10     -           Pengkhususan Kejuruteraan Perisian

PC11     -           Pengkhususan Rangkaian Komputer

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

PG07     Bacelor Sains (Bioteknologi)

Bacelor Sains (Kepujian)

PS26     -           Major Biokimia

PS27     -           Major Mikrobiologi

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

PG13     Bacelor Sains (Alam Sekitar)

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu)

PG30     Bacelor Sains Bioindustri

P101     Diploma Pertanian

P103     Diploma Perhutanan

P105     Diploma Perikanan

P109     Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

P110     Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

Pusat Asasi Sains Pertanian

P001     Asasi Sains Pertanian

Sekolah Pengajian Siswazah

Doktor Falsafah (Ph.D)

Master Alam Sekitar (M.Env)

Master Ekonomi (M.Econs)

Master Kejuruteraan (M.Eng)

Master Pengurusan (M.M)

Master Pentadbiran Perniagaan (M.B.A)

Master Perubatan Veterinar (M.V.M)

Master Pendidikan (M.Educ)

Master Sains (M.S)

Master Sains Veterinar (M.V.Sc)

Master Sastera (M.A)

Master Senibina Lanskap (M.L.A)

Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan

Doktor Falsafah (Ph.D)

Ijazah Sarjana Sains

Ijazah Sarjana Pengurusan (Pengurusan Pendidikan)

Ijazah Sarjana Pengurusan (Teknologi Maklumat)

Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan

2.      Keterangan Lanjut

Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia (UPM) sila hubungi :-

Pendaftar

Bahagian Akademik

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM SERDANG

Selangor Darul Ehsan

 

Tel :  03 – 8946 6000 / 6059 /  6060

Fax : 03 – 8942 6469

e-mail : pengambilan@putra.upm.edu.my

Laman web : http://www.akademik.upm.edu.my/

 

 

 

BIL

 

 

Kelayakan Minimum STPM

(i)

Program Pengajian

(ii)

Kod

(iii)

Tempoh Pengajian

 

 

 

 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;


Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

 

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

 

·   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

 

·   Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain.

 

dan

 

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

ALIRAN SASTERA

 

 

1

 

Bacelor Sastera

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

 

Bahasa Inggeris

PB00

6 Semester

 

Sekurang-kurangnya mendapat kepujian 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/Setaraf.

 

 

Bahasa dan

Linguistik Melayu

PB03

6 Semester

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM.

 

 

Kesusasteraan Melayu

PB06

6 Semester

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pada peringkat STPM.

 

 

Kesusasteraan Inggeris

PB07

6 Semester

 

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 

 

Pengkhususan Bahasa Asing

 

Bahasa Mandarin

PB04

6 Semester

 

 

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Cina pada peringkat STPM.

 

 

Bahasa Arab

PB05

6 Semester

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Arab pada peringkat STPM

 

 

Bahasa Perancis

PB08

6 Semester

 

Mendapat kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus Bahasa Perancis pada peringkat SPM atau lulus kursus intensif Bahasa Perancis daripada institusi yang diiktiraf.

 

 

Bahasa Jerman

PB09

6 Semester

 

Mendapat kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 

Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus Bahasa Jerman pada peringkat SPM atau lulus kursus intensif Bahasa Jerman daripada institusi yang diiktiraf.



 

 

2.

 

Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa

Pertama)

 

PT05

8 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM.

 

dan

 

Perlu menduduki dan lulus temu duga.

 

 

3.

 

Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

PT06

8 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat STPM

 

atau

 

Mendapatkan kepujian Bahasa Inggeris 1119 

 

atau

 

Sekurang-kurangnya memperoleh Tahap 4 (Band 4) peperiksaan MUET.

 

dan

 

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada Peringkat SPM.

 

dan

 

Perlu  lulus ujian lisan dan ujian bertulis.

 

 

 

ALIRAN SAINS

 

 

4.

 

Bacelor Sains Komputer

 

Pengkhususan Sistem Komputer

PC04

6 Semester

 

Pengkhususan Multimedia

PC09

6 Semester

 

Pengkhususan Kejuruteraan Perisian

PC10

6 Semester

 

Pengkhususan Rangkaian Komputer

PC11

6 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

(Semua Pengkhususan)

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik T atau Matematik Lanjutan T pada peringkat STPM.

 

 

5.

 

 

Bacelor Sains (Bioteknologi)

PG07

6 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Biologi dan sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM.

 

atau

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Kimia dan sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM.

 

 

6.

 

 

Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

PG09

8 Semester

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM.

 

 

 

7.

 

 

Bacelor Sains Pertanian

PG11

8 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam  dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:-

 

·            Biologi

·            Kimia

·            Fizik

·            Matematik T/ Matematik Lanjutan T

 

dan

 

Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Matematik, satu (1) mata pelajaran Sains dan dua (2) mata pelajaran lain pada peringkat SPM.

 

 

8.

 

 

Bacelor Sains Perhutanan

PG12

6 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut  pada  peringkat STPM:-

 

·            Biologi

·            Kimia

·            Fizik

·            Matematik T/ Matematik Lanjutan T

 

 

9.

 

 

Bacelor Sains (Alam Sekitar)

PG13

6 Semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM :-

 

·          Matematik T/Matematik Lanjutan T

·          Fizik

·          Kimia

·          Biologi

 

 

10.

 

 

Bacelor Sains Hortikultur

PG14

8 semester

 

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:-

 

·            Biologi

·            Kimia

·            Fizik

·            Matematik T/ Matematik Lanjutan T

 

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Matematik, satu (1) mata pelajaran Sains dan dua (2) mata pelajaran lain pada peringkat SPM.

 

 

11.

 

 

Bacelor Sains  (Pengajian Makanan)

PG17

8 Semester

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:-