Cetakan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA

 

PENGENALAN

 

Latar Belakang dan Sejarah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti ke-9 ditubuhkan di Malaysia.  Universiti ini dibina untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga manusia yang berilmu dan berketerampilan dalam negara yang pesat membangun untuk menjadi sebuah negara industri.  UMS beriltizam untuk berbakti kepada komuniti negara dan antarabangsa melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat bakti yang mencipta keunggulan, kemajuan dan kesejahteraan yang tinggi.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Kampus Teluk Sepanggar mengambil masa kira-kira 25 minit, manakala bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan ke Kampus Antarabangsa Labuan di Kiamsam mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja.  Pelajar UMS yang berdaftar boleh mendapatkan tambang diskaun (Student Standby Fare) dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau Penerbangan Air Asia atau menjadi ahli Asia Youth Travel Bureau (AYTB) yang memberikan kemudahan diskaun 50%.

UMS menawarkan program-program akademiknya berdasarkan tiga komponen asas  kursus iaitu kursus-kursus teras universiti, teras sekolah dan teras program.

Teras Universiti

Kursus teras universiti ditawarkan melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar yang menawarkan kursus-kursus ko-kurikulum.  Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PPIB akan mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan falsafah perbandingan, kesusasteraan, kesenian, falsafah dan kaedah sains, analisis sosial, sejarah, dasar pembangunanan, hal-ehwal sosioekonomi dan perhubungan antarabangsa Malaysia serta pengetahuan komputer.  Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan akhlak, etika, perbandingan peradaban dunia (Islam Asia dan barat), budaya-budaya utama dunia dan kemahiran berbahasa.  Manakala pusat ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar pula menawarkan kursus yang bercorak kemahiran merangkumi komponen kemahiran, keterampilan, kepimpinan dan kemasyarakatan, keusahawanan, waja diri dan Pakaian Seragam.

Teras Sekolah & Program

Kursus-kursus teras sekolah dan program adalah blok kursus didalam pengajian seseorang pelajar yang mengkhusus dan mempelajari secara mendalam sehingga mampu menguasi bidang tersebut.

Kursus Minor

Kursus minor adalah kursus antara dispilin dan bidang sebagai pengkhususan kedua pelajar.  Sebagai contoh, pelajar yang mengkhusus dalam program Biologi Pemuliahraan di Sekolah Sains dan Teknologi boleh menggabungkan kursus dalam program Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi sebagai kursus Minor dan begitulah juga sebaliknya.  Mulai Sesi 2000/2001, UMS telah memperkenalkan pakej Minor dari setiap sekolah sama ada dalam aliran Sains atau Sastera untuk diambil oleh pelajar dari aliran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran alam kerjaya mereka kelak yang semakin tinggi persaingannya.

Kedudukan Semasa

Sebanyak enam puluh (60) program pengkhususan ditawarkan melalui dua belas (12) buah sekolah bagi membolehkan pelajar dianugerahkan dengan salah satu ijazah sarjana muda dengan kepujian seperti berikut

§                Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

§                Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kewangan Antarabangsa) dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir) dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa dengan Kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan Antarabangsa) dengan kepujian

§                Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian

§                Ijazah Doktor Perubatan

Pilihan ke program pengkhususan yang tepat adalah berdasarkan kepada kelayakan minimum yang diperolehi dan bersesuaian dengan minat pelajar.  Ini merupakan aspek penting bagi memastikan pelajar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan dianugerahkan ijazah di akhir pengajian kelak.

Alamat :

Bahagian Perkhidmatan Akademik

Universiti Malaysia Sabah

Aras 2 Blok Utara

Bangunan Canselori

Peti Surat No. 2073

88999 Kota Kinabalu

Sabah, MALAYSIA

Tel        : 088-320213

            : 088-320000 samb. 1411

Fax       : 088-320361

e-mail   : pejadmk@ums.edu.my

web site : http:// bpa.ums.edu.my

             : www.ums.edu.my

 

 

 

 

BIL

 

 

Kelayakan Minimum STPM

(i)

Program Pengajian

(ii)

Kod

(iii)

Tempoh Pengajian

 

 

 

 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;


Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

 

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

 

·   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

 

·   Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain.

 

dan

 

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

 

ALIRAN SASTERA

Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian

6 semester

 

01

Komunikasi

HA02


Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

- Tiada Keperluan Khas Program -

02

Hubungan Industri

HA12

03

Sosiologi dan Antropologi

HA14

04

Hubungan Antarabangsa

HA15

05

Geografi

HA18


Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:

·          Geografi

 

06

Sejarah

HA24


Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:

·          Sejarah

 

Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian

6 semester

 

07

Psikologi Industri dan Organisasi

HA13

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut diperingkat SPM:

  • Matematik / Matematik Tambahan

  • Mana-mana mata pelajaran Sains

 

08

Pembangunan Belia dan Komuniti

HA16

09

Psikologi Kaunseling

HA19

 

Calon dikehendaki menghadiri Sesi temuduga pada pada  semester  dua  untuk  melayakkan  kemasukan ke Program Kaunseling pada tahun dua.

10

Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga

HA20

Sarjana Muda Kerja Sosial dengan kepujian

6 semester

 

11

Kerja Sosial

HA52

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

 

-          Tiada Keperluan Khas Program –

Sarjana Muda Sastera dengan kepujian

6 semester

 

12

Pengajian Seni  Muzik

HA04*

(* Program ada temu duga)

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Selain dari kelayakan dalam syarat Am, calon yang mempunyai kelayakan berikut akan diberi keutamaan:

·          Mengambil kursus Kesenian di peringkat SPM dan STPM.

·          Mempunyai pengalaman teori dan amali dalam sekurang-kurangnya satu bidang berikut:

-        Seni Pementasan (Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Lakon)

-        Seni Halus (Seni Lukis, Seni Catan dan Seni Cetak)

-        Seni Reka bentuk (Seni Bina Landskap, Seni Hias Dalaman)

-        Penulisan Kreatif (Cerpen, Novel, Puisi, Skrip Drama, TV dan Radio)

-        Seni Grafik dan Elektronik (Komputer)

-        Seni Tekstil dan Seni Tenun – Seni Arca dan Seni Tembikar

Selain program Pengajian Seni Kreatif, program Pengajian Seni Muzik, program, Teknologi Seni Visual juga memerlukan calon lulus satu temu duga dan ujian bakat yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

 

  

13

Pengajian Seni  Kreatif

HA11*

 

(* Program ada temu duga)

Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian

6 semester

14

Teknologi Seni Visual

HA32*

(* Program ada temu duga)

Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian

6 semester

 

15

Keusahawanan

HE04

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi di peringkat STPM.

dan

Calon yang memohon Program HE09 Perniagaan Antarabangsa disyaratkan memperolehi MUET dengan sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4);

atau

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya 6C Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

 

16

Pengurusan Kewangan dan Perbankan

HE06

17

Pengurusan Perhotelan

HE08

18

Perniagaan Antarabangsa

HE09

19

Pemasaran

HE10

Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

6 semester

 

20

Ekonomi Perancangan dan Pembangunan

HE05

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi di peringkat STPM.

 

21

Ekonomi Kewangan

HE07

22

Ekonomi Sumber Manusia

HE11

Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian

8 semester

 

23

Perakaunan

HE18

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi/Perakaunan di peringkat STPM.

 

Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian

8 semester

 

24

Pendidikan dengan Sains Sosial

HT17

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Geografi/Sejarah dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut :

·          Bahasa Melayu

·          Bahasa Inggeris

·          Perakaunan

·          Matematik S

25

Pendidikan dengan Ekonomi

HT18

 

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi dan satu (1) daripada mata pelajaran berikut :

·          Bahasa Melayu

·          Bahasa Inggeris

·          Perakaunan

·          Matematik S

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kewangan Antarabangsa) dengan kepujian

6 semester

26

Kewangan Antarabangsa

HE19

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan.

Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir) dengan Kepujian

6 semester

27

Perbankan Antarabangsa Dan Luar Pesisir

HE20

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi.

Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa dengan Kepujian

6 semester

28

Pemasaran Antarabangsa

 HE21

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi / Pengajian Perniagaan.

Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan Antarabangsa) dengan Kepujian

6 semester

29

Ekonomi Kewangan Antarabangsa

HE22

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi.

Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian

6 semester

30

Kewangan Islam

HE23

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan.

ALIRAN SAINS

 

Sarjana Muda Sains dengan kepujian

6 semester

31

Kimia Industri

HS07

Memenuhi Syarat Am  Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

- Tiada Keperluan Khas Program –

32

Geologi

HS21

33

Biologi Pemuliharaan

HS03

Memenuhi Syarat Am  Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Biologi.

34

Teknologi Tumbuhan

HS23