|
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN
LATAR BELAKANG
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) adalah merupakan IPTA yang berteraskan kepada pengajian teknikal dengan kemahiran dan ianya berbeza dengan IPTA yang lain.
Ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan terletak di kampus sementara di Kampus Industri, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasi yang strategik berdekatan dengan Melaka International Trade Center (MITC), industri-industri pembuatan, elektronik dan pelancongan banyak membantu kelancaran program-program akademik di universiti ini.
Konsep penubuhan UTeM merangkumi struktur kurikulum dan pengajian yang berbeza dan unik, menjayakan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan industri “Problem Centered & Action Learning” serta kreativiti, penekanan kepada “Experiential Learning” dan praktikal/amalan, beroperasi dengan kemudahan “Teaching Factory” bercirikan aplikasi dan amalan, kampus induk pula berkonsepkan “Universiti Bandar” sekitar industri dan industri terlibat secara intensif melalui Pembangunan Kurikulum, Panel Pengajar Industri dan latihan industri/amalan.
Pengendalian Kursus
Kursus yang dijalankan di UTeM adalah secara aplikasi dan amalan di mana lebih kurang 70% dari masa pertemuan pelajar akan melibatkan diri dalam menjalani uji kaji makmal, pembelajaran berbantukan komputer, melaksanakan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri.
Kurikulum
Kurikulum UTeM berteraskan kepada penekanan kepada pengetahuan teknologi dengan kemahiran semasa serta memenuhi keperluan dan kehendak industri. Manakala komposisi bagi kursus di UTeM pula adalah 30% berasaskan kejuruteraan, 40% dengan teras pengkhususan dan 30% untuk kursus pengurusan, keusahawanan serta kemahiran berkomunikasi.
VISI Menjadi Universiti Teknikal Yang Kreatif Dan Inovatif Terkemuka Di Dunia
MISIMelahirkan Ahli Profesional Yang Bersahsiah Murni, Kompeten dan Berketerampilan Tinggi Melalui Pendidikan Teknikal Bertaraf Dunia Berteraskan Pengajaran, Pembelajaran Dan Penyelidikan Berorientasikan Aplikasi Dengan Perkongsian Pintar Universiti - Industri Sejajar Dengan Aspirasi Negara.
Fakulti
Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 5 buah Fakulti yang terletak di Kampus Tetap di Durian Tunggal, Melaka dan Kampus Sementara (Kampus Industri) di Ayer Keroh, Melaka.
Dua Fakulti yang beroperasi di Kampus Tetap ialah:
i) Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan (telah memulakan operasinya pada Semester I Sesi 2005/2006)
ii) Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (telah memulakan operasinya pada Semester II Sesi 2004/2005)
Tiga Fakulti yang beroperasi di Kampus Sementara (Kampus Industri) ialah:
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sistem Pengajian
UTeM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Disamping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.
Kemasukan Pelajar
Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf.
Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/SPVM aliran sains dan Sijil Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu kemasukan sesi Julai setiap tahun.
Tempoh Pengajian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Sains Komputer tempoh minimum ialah 7 semester (3˝ tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5˝ tahun).
Diploma
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma ialah minimum 6 semester (3 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 10 semester (5 tahun).
Kemudahan dan Perkhidmatan
Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Penginapan Asrama dan Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.
Keterangan Biasiswa dan Pinjaman Pengajian
Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTeM, antaranya ialah seperti berikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Yayasan Negeri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) SUK Negeri Yayasan Tenaga Nasional Kementerian Belia dan Sukan Majlis Agama Negeri Yayasan Tenaga Nasional Berhad PERKESO Kouk Foundation Berhad Yayasan Lee Yayasan Bursa Yayasan Sime Darby Biasiswa SHELL Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Lain-lain
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UTeM, sila hubungi;
Bahagian Pengurusan Akademik Pejabat Pendaftar Tel
: 06 233 2252/ 3305/ 3308/ 2237
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||