|
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM
PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA
1.0
PENGENALAN
1.1
Latarbelakang
Sejarah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) bermula pada 16
September 1993 dengan penubuhan
Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan
Staf Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara
ini. Pada 30 September
2000, Y.B. Menteri Pendidikan
Malaysia
telah mengisytiharkan kenaikan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan ini telah meletakkan
KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini. KUiTTHO telah bertukar
nama kepada UTHM, mulai 1 Februari
2007, ditunda lewat sebulan dari tarikh asal pelaksanaan
yang dijadualkan pada 1 Januari 2007.
UTHM menawarkan program di peringkat Pasca Ijazah, Sarjana Muda dan Diploma. Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat Pasca Ijazah ialah di dalam
bidang Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional dan Pengurusan Teknologi. Program Sarjana Muda pula menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Teknologi dalam pelbagai bidang. Program
Diploma pula menawarkan kursus-kursus
Kejuruteraan, Kejuruteraan
dengan Pendidikan, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam pelbagai bidang.
Semua
kursus yang dijalankan oleh UTHM memiliki keunikan tersendiri di mana program yang ditawarkan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran melalui pengalaman
(experiential learning) dan komponen
kemahiran yang praktik di samping pengetahuan
teori dan profesional. Graduan yang dikeluarkan oleh UTHM bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang mantap tetapi ketrampilan, kemahiran teknikal dan kemahiran genarik yang tinggi bagi menceburi bidang kerjaya yang lebih luas dan
memenuhi keperluan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam dan keperluan
industri masa hadapan.
1.2
Lokasi
UTHM ditempatkan di Parit Raja, Batu Pahat Johor. Kampus UTHM mudah dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan
dan lokasinya amat strategik dengan dikelilingi oleh kawasan perindustrian yang menempatkan industri-industri bertaraf multi-national
serta industri kecil dan sederhana. Kedudukan
logistiknya yang strategik
ini telah merangsang penyertaan sektor industri di dalam program kerjasama Universiti dengan Industri terutama dalam kegiatan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.
1.3
Visi
Berazam
menerajui aplikasi sains dan teknologi
untuk kemakmuran sejagat.
1.4
Misi
Untuk
Melahir Dan Melatih Ahli Teknologi Dan Profesional Yang Kreatif, Inovatif, Kompeten Dan Bertanggungjawab Serta Mampu Mengaplikasi, Meneroka Dan Meneraju Teknologi Baru Melalui Pengajaran Dan Penyelidikan Bertaraf Dunia Yang Bertunjangkan Konsep Tauhid Untuk Kesejahteraan Sejagat
1.5
Falsafah Pendidikan Universiti
Pendidikan di Universiti ini adalah usaha
berterusan untuk menerajui program akademik yang
berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.
1.6
Fakulti
Program-program
yang ditawarkan akan dikendalikan oleh 6 buah fakulti yang terletak di dua
(2) lokasi utama iaitu di Kampus
Induk dan Kampus Bandar, Parit Raja Batu Pahat. Tiga
fakulti yang beroperasi di Kampus Induk
ialah:
·
Fakulti Kejuruteraan
Awam & Alam Sekitar
·
Fakulti Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik
·
Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal & Pembuatan
Manakala
tiga lagi fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah:
·
Fakulti Pengurusan
Teknologi
·
Fakulti Pendidikan
Teknikal
·
Fakulti Teknologi
Maklumat & Multimedia
1.7
Sistem Pengajian
UTHM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap
semester lazim terdiri daripada 14 minggu perkuliahan. Disamping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek (8 minggu pengajian) iaitu Semester III yang diadakan
dalam masa cuti akhir tahun
akademik.
1.8
Kemasukan Pelajar
Kemasukan pelajar bagi
program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka
kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik. Bagi program
Diploma, kemasukan pelajar
terbuka kepada lulusan SPM dan Sijil Politeknik yang berkaitan.
1.9
Tempoh Pengajian
Tempoh
pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda ialah minimum 8 semester dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester.
Tempoh
pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma pula ialah 6
semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan ialah 10 semester.
Walau
bagaimanapun tempoh
minimum menamatkan pengajian
adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak Universiti.
1.10
Kemudahan dan Perkhidmatan
Perpustakaan Digital ? Bengkel
& Makmal ?
Ruang Kuliah ? Kiosk ?
Perkhidmatan Pelajar
& Kedai Koperasi ? Pengangkutan ? Penginapan Asrama ? Masjid ? Sukan & Rekreasi ? Bank Muamalat & ATM
? Pusat Kesihatan Universiti ? Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya ? Kafetaria dan Kantin ? Pos Mini dan
lain-lain.
1.11
Keterangan Biasiswa/Dermasiswa
Pelajar
digalakkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau
lain-lain bantuan kewangan
dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan adalah tertakluk kepada pihak penaja berkaitan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTHM, antaranya adalah seperti berikut :
i.
Kementerian Pendidikan
Malaysia
ii.
Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
iii.
Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA)
iv.
Yayasan Negeri
v.
Majlis Amanah
Rakyat (MARA)
vi.
Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA)
vii.
Petronas
viii.
Koperasi Polis Diraja
Malaysia Berhad
ix.
Yayasan Felda
x.
Kuok Foundation Berhad
xi.
Lain-lain
1.12
Maklumat Lanjut
Untuk
mendapatkan keterangan lanjut mengenai UTHM, sila hubungi :
Pejabat Canselori,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu
Pahat,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-4537025
/ 7020
Faks
: 07-4536177
E-mail : pro@uthm.edu.my
Laman
Web Universiti :
http://www.kuittho.edu.my
|
BIL
|
|
|
Kelayakan Minimum STPM
|
|
(i)
|
Program Pengajian
|
|
(ii)
|
Kod
|
|
(iii)
|
Tempoh Pengajian
|
|
|
|
|
|
|
Syarat
Am Universiti
Lulus Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf
dengan baik;
Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
Lulus peperiksaan
STPM dengan sekurang-kurangnya:
· Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran
Pengajian Am;
dan
· Gred C (NGMP 2.00) dua
(2) mata pelajaran
lain.
dan
Telah mengambil Malaysian
University English Test (MUET).
|
|
ALIRAN
SAINS
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Awam & Alam Sekitar
|
|
01
|
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
(Alam Sekitar)
Dengan Kepujian
BK07
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Fizik
·
Kimia
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
02
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam
(Bangunan)
Dengan Kepujian
BK82
8 semester
|
|
03
|
Sarjana Muda Kejuruteraan
Awam (Pembinaan)
Dengan Kepujian
BK57
8
semester
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik
|
|
04
|
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
(Elektronik Komunikasi)
Dengan Kepujian
BK25
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
matapelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Fizik
·
Kimia
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
05
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Automasi & Robotik) Dengan Kepujian
BK52
8 semester
|
|
06
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik
(Telekomunikasi) Dengan
Kepujian
BK19
8 semester
|
|
07
|
Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik
(Mekatronik) Dengan Kepujian
BK24
8 semester
|
|
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan
|
|
08
|
Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal
(Pembuatan & Pengeluaran)
Dengan Kepujian
BK 81
8
Semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Fizik
·
Kimia
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
Fakulti Pendidikan Teknikal
|
|
09
|
Sarjana Muda Pendidikan
Teknik & Vokasional
BT27
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Fizik
·
Kimia
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
ALIRAN SAINS DAN SASTERA
|
|
Fakulti Teknologi Maklumat
& Multimedia
|
|
10
|
Sarjana Muda Teknologi Maklumat
BC01
7 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut :
·
Matematik T
·
Matematik Lanjutan T
·
Matematik S
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
Fakulti Pengurusan Teknologi
|
|
11
|
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian
BP28
6 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam
mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
·
Matematik T
·
Matematik Lanjutan T
·
Matematik S
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat
SPM.
Calon
yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 (Band 3) di peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih
dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum
penganugerahan.
dan
Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota sehingga
menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
12
|
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi
(Pengeluaran & Operasi) Dengan Kepujian
BP23
7 semester
|
|
13
|
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan)
Dengan Kepujian
BP24
7 semester
|
|
14
|
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Harta Tanah
Dengan Kepujian
BP25
7 semester
|
|