|
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM
PENGAJIAN
MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG
Universiti Malaysia
Pahang (UMP) ialah sebuah universiti
teknikal yang berkonsepkan practical-oriented ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia pada tahun 2001 dan diwartakan pada 16 Februari 2002 sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Kolej Universiti ini tertakluk
pada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Terletak di kampus
sementara di Gambang, Pahang. Lokasi yang strategik berhampiran dengan zon
perindustrian kimia & petrokimia serta sumber asli, pembuatan &
proses, elektronik dan automotif membolehkan pelajar Kolej Universiti ini
mendapatkan pendedahan tentang teknologi dan kejuruteraan terkini. Kampus
tetap Kolej universiti ini terletak di Kuala Pahang yang masih dalam
pembinaan.
Komponen kemahiran practical-oriented
dan soft skills dimasukkan dalam kurikulum Kolej Universiti ini
bagi melahirkan graduan yang berkemahiran teknikal yang tinggi dan
berketrampilan murni untuk memenuhi keperluan industri yang semakin
kompetitif.
VISI
Untuk
menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia berteraskan konsep practical-oriented.
MISI
Kami berusaha untuk mengadakan pendidikan teknikal
berasaskan konsep practical-oriented yang
berkualiti tinggi agar memenuhi malah melangkaui kehendak pelanggan melalui
penyediaan program akademik dan latihan kemahiran yang cemerlang. Kami
berazam untuk meningkatkan bisnes kami secara berterusan melalui inovasi dan
pembangunan teknologi.
Bagi merealisasikan hasrat ini, kami menyedari bahawa
rakan sekerja adalah aset yang paling berharga. Kami bertanggungjawab untuk
membangunkan potensi sebenar mereka melalui penglibatan dan kerja berpasukan
dengan menyediakan persekitaran kondusif yang menggalakkan kreativiti dan
inovasi.
KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA
Fokus utama Universiti
Malaysia Pahang (UMP) ini ialah
membangunkan sumber manusia dan teknologi yang relevan dengan keperluan
industri terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Industri
Bioteknologi serta Kejuruteraan Automotif dan Pembuatan. UMP menawarkan
program teknikal yang berkonsepkan practical-oriented di peringkat
diploma dan ijazah pertama.
UMP adalah sebuah universiti
yang mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan SCL
(Student Centered Learning) dalam pengajaran. Di bidang penyelidikan
pula, universiti ini menumpukan kepada Penyelidikan Gunaan (Applied
Research) dan Projek-projek Industri (Industrial Projects) dengan
industri setempat bagi memperkayakan pengajaran & pembelajaran. UMP juga
mewujudkan pusat-pusat kecemerlangan tersendiri bagi memantapkan kajian di
bidang ini.
Program
pengajian yang ditawarkan di universiti teknikal berbeza dari IPTA lain di
mana ianya:
§
Berdasarkan ilmu yang praktis
§
Berteraskan gunaan & kemahiran (applied & skilled)
§
Menitikberatkan komponen yang mengintegrasikan teori & amali (teaching
factory)
§
Melibatkan pembelajaran secara aktif (experiential & action
learning)
§
Menekankan penyelesaian masalah teknikal di peringkat industri (task
oriented & problem solving)
§
Mengamalkan budaya kerja (work culture) cemerlang
FAKULTI
UMP mempunyai lima buah Fakulti seperti berikut :
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
& Elektronik
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Fakulti Kejuruteraan Awam
& Sumber Alam
Fakulti Kejuruteraan Kimia
& Sumber Asli
Fakulti Sistem Komputer &
Kejuruteraan Perisian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi ;
Pendaftar
Pusat Pengajian Pra-Siswazah
Kompleks
Perkhidmatan Siswa
Universiti Malaysia
Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-549 2550/2557
Fax : 09-549 2555
Maklumat lanjut boleh juga didapati di laman web : www.ump.edu.my/upm
BIL
|
|
|
Kelayakan Minimum STPM
|
|
(i)
|
Program Pengajian
|
|
(ii)
|
Kod
|
|
(iii)
|
Tempoh Pengajian
|
|
|
|
|
|
|
Syarat Am
Universiti
Lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;
Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat
SPM/setaraf;
Lulus peperiksaan STPM
dengan sekurang-kurangnya:
·
Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
· Gred C (NGMP 2.00) dua
(2) mata pelajaran lain;
dan
Telah mengambil Malaysian University English Test
(MUET).
|
|
ALIRAN SAINS
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik
|
|
01
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
JK42
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Kimia
·
Fizik/Biologi
Calon yang tidak mengambil
Fizik di peringkat STPM dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di
Universiti.
Calon
yang memperolehi syarat dalam mata pelajaran Biologi perlu lulus dengan
kepujian dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM.
dan
Calon tidak rabun/buta warna
dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
02
|
Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik (Sistem Kuasa)
JK64
8 semester
|
|
03
|
Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik (Kawalan & Instrumentasi)
JK65
8 semester
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal
|
|
04
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal
JK43
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Kimia
·
Fizik/Biologi
Calon yang tidak mengambil
Fizik di peringkat STPM dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di
Universiti.
Calon
yang memperolehi syarat dalam mata pelajaran Biologi perlu lulus dengan
kepujian dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM.
dan
Calon tidak rabun/buta warna
dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
05
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Pembuatan
JK71
8 semester
|
|
06
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Automotif
JK74
8 semester
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Awam & Sumber Alam
|
|
07
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam
JK44
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Kimia
·
Fizik/Biologi
Calon yang tidak mengambil
Fizik di peringkat STPM dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di
Universiti.
Calon
yang memperolehi syarat dalam mata pelajaran Biologi perlu lulus dengan
kepujian dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM.
dan
Calon tidak rabun/buta warna
dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
Fakulti Kejuruteraan
Kimia & Sumber Asli
|
|
08
|
Sarjana
Muda Kejuruteraan Kimia
JK55
8 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Kimia
·
Fizik/Biologi
Calon yang tidak mengambil
Fizik di peringkat STPM dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di
Universiti.
Calon
yang memperolehi syarat dalam mata pelajaran Biologi perlu lulus dengan
kepujian dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM.
dan
Calon tidak rabun/buta warna
dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|
09
|
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas)
JK78
8 semester
|
|
10
|
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)
JK80
8 semester
|
|
Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
|
|
11
|
Sarjana Muda Sains Komputer
(Kejuruteraan Perisian)
JC10
7 semester
|
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus
sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut :
·
Matematik T/Matematik Lanjutan T
·
Kimia/Fizik/Biologi/Perakaunan
dan
Calon tidak cacat anggota
sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.
|
|